CIIE Langkah Penting Tingkat Keterbukaan

2018-10-31 11:26:21  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama akan dirasmikan di Shanghai pada 5 November, dengan penyertaan lebih 3,000 syarikat dari lebih 130 negara.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_b0dd3168-4f1d-490a-b51b-65a1f597128d

Bekas Dekan Sekolah Kerajaan John F. Kennedy, Universiti Harvard, Joseph Nye menyifatkan CIIE jendela penting bagi perdagangan luar China, juga wadah untuk memaparkan pencapaian ekonomi kepada dunia.

Pakar isu China dari Amerika Syarikat (AS), Robert Kuhn menyatakan CIIE bukan sahaja memperlihatkan komitmen China untuk terus meningkatkan keterbukaan, malah langkah konkrit untuk menggalakkan perkembangan perdagangan global secara sihat dan seimbang.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_de62d4bd-7ce5-4f96-ae14-e91b8cdff2c0

Katanya, sejak beberapa dekad lalu, China selaku pusat pembuatan global telah mengeluarkan pelbagai jenis produk yang murah dan berkualiti, sekali gus memberi faedah kepada pengguna di seluruh dunia.

Lebihan perdagangan yang dinikmati China dalam kegiatan ekonomi dengan sesetengah negara lain datangnya daripada pengagihan buruh dan sumber.

Pencapaian ekonomi China adalah berkat keberhasilan model pembangunan, khususnya pasaran pekerja yang besar, kesungguhan memajukan infrastruktur serta statusnya sebagai tumpuan pelaburan dan pusat pembuatan global.

张弘