Xi Ucap Tahniah Penubuhan Pertubuhan Saintifik B&R

2018-11-04 15:02:11  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah atas penubuhan Persekutuan Pertubuhan Saintifik Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) serta berlangsungnya seminar antarabangsa kedua mengenai inovasi teknologi B&R di Beijing hari ini. 

Xi menyatakan kerjasama sains dan teknologi, komponen penting dalam pembangunan B&R, signifikan bagi menambah baik kesejahteraan rakyat, menjana pembangunan dan menangani cabaran bersama. 

Beliau berharap komuniti saintis seluruh dunia menjadikan organisasi tersebut wadah untuk meningkatkan penyelarasan  dasar inovasi teknologi dengan strategi pembangnan, mempergiat kerjasama dan meningkatkan keupayaan inovasi bagi menyumbang kepada pembangunan mampan sosioekonomi serta pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
梁靓