China Terus Perluas Keterbukaan kepada Pasaran Dunia

2018-11-05 16:20:54  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan wakil-wakil syarikat asing yang menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama yang telah dirasmikan di Shanghai pagi tadi.

Xi Jinping mengalu-alukan penyertaan syarikat dari pelbagai negara di dunia dalam CIIE.

Dalam pertemuan itu, Xi berkata, pertukaran dan kerjasama antara China dengan negara-negara lain semakin rancak sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan 40 tahun lalu. 

China sedang bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

China akan terus memperluas keterbukaan terhadap pasaran dunia. CIIE adalah salah satu tindakan untuk memperdalam pelaksanaan dasar pintu terbuka.

Pada masa yang sama, kerajaan China juga akan berusaha membina persekitaran yang baik untuk syarikat asing menjalankan pelaburan di negara ini.

周乔西