China, Singapura Selesai Rundingan Naik Taraf FTA

2018-11-06 11:26:23  CRI
Share with:

China dan Singapura selesai menjalankan rundingan untuk menaiktarafkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara satu sama lain, dan bakal memeterai dokumen berkenaan bagi tujuan itu.

Perkembangan ini diumumkan bersama oleh Naib Menteri Perdagangan China, Fu Ziying dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing ketika menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) yang dirasmikan di Shanghai semalam.

Rundingan itu bermula pada November 2015, melibatkan bidang-bidang perdagangan konvensional, khususnya perdagangan perkhidmatan dan pelaburan.

Kini, China sedang mengadakan rundingan serupa dengan lebih 20 buah negara.

覃淼