Forum Ekonomi, Perdagangan Antarabangsa Hongqiao

2018-11-06 12:54:18  CRI
Share with:

Forum Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa Hongqiao dirasmikan di Pusat Pameran Negara Shanghai petang semalam, dengan tema "rangsang kedinamikan perdagangan global, wujudkan pola baharu untuk situasi menang-menang dan keterbukaan".

Kaedah baharu untuk mewujudkan globalisasi ekonomi serta pemudahan dan liberalisasi pelaburan dan perdagangan menjadi fokus perbincangan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, Angel Gurria menyatakan bahawa inovasi memainkan peranan penting demi menggalakkan pertumbuhan perdagangan, menambah baik taraf hidup rakyat, sambil meningkatkan daya saing syarikat.

Beliau menggesa negara-negara menghapuskan sekatan perdagangan kerana perdagangan antarabangsa secara terbuka dan lancar sesuai dengan kepentingan asas rakyat di seluruh dunia.

Pengerusi lembaga pengarah Alibaba China, Jack Ma menyatakan penganjuran Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) membayangkan China akan menjadi pengimport besar pada masa depan, potensi pasaran yang amat besar. Beliau menjangka bahawa pada masa depan, 80% kegiatan perdagangan akan dijalankan secara rentas sempadan.

覃淼