CIIE: Ekonomi yang Terbuka, Tumpuan Media dan Kumpulan Pemikir

2018-11-06 13:25:03  CRI
Share with:

Forum Media Kewangan dan Kumpulan Pemikir Antarabangsa Hongqiao, salah satu aktiviti utama sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) diadakan di Shanghai petang semalam.

Forum yang bertemakan "pembinaan dan komunikasi ekonomi dunia yang terbuka" tersebut dihadiri pengamal media perdana dan pakar kumpulan pemikir dari 79 buah negara, yang membincangkan perkembangan semasa globalisasi ekonomi serta tanggungjawab media dan kumpulan pemikir.

Para hadirin beranggapan, globalisasi ekonomi telah menjadi hala tuju perkembangan bagi negara-negara di seluruh dunia. Media-media dan kumpulan pemikir diyakini dapat membuat sumbangan sendiri dalam proses membina ekonomi dunia yang terbuka.

CIIE bukan hanya temasya bagi produk dari pelbagai negara, malah memberi peluang baik untuk menimba pengalaman antara satu sama lain, dan menjadi platform bagi interaksi antara budaya dan tamadun yang berbeza-beza.

CIIE membolehkan pengamal media menyampaikan perspektif pasaran baru muncul dan suara dari negara-negara membangun.

Wakil-wakil dari Russia Today, Nikkei Shimbun, Bloomberg News serta media lain turut menyampaikan ucapan dalam forum itu.

周乔西