137 Projek Kesalinghubungan China-Singapura

2018-11-08 12:04:09  CRI
Share with:

Terdapat 137 projek kerjasama yang bernilai USD 21.9 bilion (RM91 bilion) yang termeterai berikut pelaksanaan Projek Teladan Kesalinghubungan Strategik China-Singapura yang dijalankan pada tiga tahun lalu.

Projek Teladan Kesalinghubungan Strategik China-Singapura yang dijalankan pada 7 November tahun 2015, antara kerjasama peringkat kerajaan ketiga berikut Taman Perindustrian China-Singapura di Suzhou dan Kota Biologi Tianjin. Projek ini melibatkan empat sektor utama, iaitu perkhidmatan kewangan, industri penerbangan, pengangkutan dan logistik, serta maklumat dan komunikasi.

Menurut ketua pengarah jabatan pentadbiran Projek ini, Han Baochang, dalam sektor penerbangan awam, pihaknya dan Singapura telah berjaya mewujudkan koridor udara 'Chongqing-Singapura' yang salinghubung, dengan meningkatkan perkhidmatan penerbangan daripada 5 laluan kepada 14 laluan seminggu.

覃淼