China yang Kekal Terbuka Kukuhkan Keyakinan Masyarakat Antarabangsa

2018-11-08 14:16:53  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama pada 5 November lalu. Para peserta dari pelbagai negara menganggap, ucapan Xi mengeluarkan isyarat positif tentang China kekal menggalakkan keterbukaan dan kerjasama dan bersedia berkembang bersama dengan negara lain. Ini akan membawa lebih banyak peluang pembangunan kepada dunia sekali gus memperkukuh keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi sejagat pada masa depan.

Pesuruhanjaya Kesatuan Eropah yang bertanggungjawab kesihatan dan keselamatan makanan , Wytenis Andriukaitis menyanjung saranan Presiden Xi Jinping tentang menggalakkan globalisasi ekonomi berkembang ke arah lebih terbuka, inklusif dan seimbang. Beliau berkata kepada wartawan bahawa EU mempunyai pendirian yang sama dengan China dalam menentang perlindungan perdagangan, menyokong perdagangan bebas dan sistem perdagangan multilateral.

Menteri Perdagangan Antarabangsa Britain, Liam Fox menyatakan bahawa Britain amat mengalu-alukan langkah China untuk terus membuka pasaran terhadap produk dan pelaburan asing, seperti yang dibentangkan Presiden Xi. Beliau berharap kedua-dua negara meningkatkan perdagangan dan pelaburan komprehensif. 

曹捷