Kadar Tukaran Rupiah berbanding USD Meningkat

2018-11-09 11:53:08  CRI
Share with:

Setelah menyaksikan penyusutan selama beberapa bulan, kadar pertukaran rupiah Indonesia berbanding dolar Amerika mula meningkat kebelakangan ini.

Penganalisis berpandangan bahawa perkembangan terbaru mata wang entiti ekonomi terbesar Asia Tenggara itu dibawa oleh faktor domestik dan antarabangsa.

Pada bulan Oktober, kadar tersebut jatuh ke paras paling rendah sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998, lebih 10% lebih rendah daripada awal tahun ini. Namun sejak November, rupiah antara mata wang utama yang prestasinya terbaik di Asia.

Terdapat pegawai dari badan ekonomi Indonesia yang pernah mengingatkan bahawa kadar pertukaran rupiah yang merudum tidak mencerminkan keadaan semasa ekonomi negara itu. Asas ekonomi Indonesia kekal kukuh, penurunan kadar pertukaran Rupiah tidak akan menjejaskan ekonomi domestik.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
覃淼