China, Myanmar Meterai Perjanjian Rangka Projek Kyaukpyu

2018-11-09 11:59:35  CRI
Share with:

China dan Myanmar menzahirkan hasrat untuk bekerjasama membangunkan projek Pelabuhan Air Dalam Kyaukpyu, mengikut perjanjian rangka yang ditandatangani di Kementerian Perdagangan Myanmar semalam

Menteri Perdagangan Myanmar, Dr. Than Myint menyatakan bahawa penandatanganan dokumen itu satu langkah pertama ke arah pelaksanaan yang berjaya, dan rundingan akan diteruskan hingga membawa kepada perjanjian selanjutnya.

Duta Besar China, Hong Liang menyatakan Zon Ekonomi Khas Kyaukpyu adalah projek sokongan penting bagi koridor ekonomi China-Myanmar dan signifikan terhadap pembangunan ekonomi setempat. Beliau yakin dengan usaha bersama kedua-dua pihak, projek itu akan dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraaan rakyat.

曹捷