Li Keqiang Melawat Syarikat Singapura

2018-11-14 11:03:34  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123708719_15421294282151n

 

Perdana Menteri China, Li Keqiang yang dalam rangka lawatan rasmi ke Singapura telah melawat Syarikat Sains dan Bioperubatan Tessa semalam. Lawatan beliau ditemani Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat.   

Li Keqiang menyanjung syarikat itu yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan teknologi perubatan yang menyasar kepada penyakit kancer di Asia.      

Beliau berkata, kerajaan China menyumbang banyak usaha untuk meningkatkan teknologi perubatan kepada rakyat, di samping mengurangkan kos perubatan dan meringankan beban pesakit.

Ketika mengetahui Tessa ingin bekerjasama dengan China dalam pembinaan makmal, Li Keqiang berkata, kerjasama itu dapat memberi harapan kepada golongan pesakit, mengurangkan bebanan mereka serta menymbang kepada usaha penjagaan kesihatan rakyat seluruh dunia.

 

 

王瑾