Rencana Xi Jinping Diterbitkan di Media Papua New Guinea

2018-11-14 15:53:08  CRI
Share with:

Sempena Presiden China, Xi Jinping melakukan lawatan rasmi ke Papua New Guinea, beliau telah mengarang rencana yang bertajuk "Rapatkan Hubungan China dengan Negara Kepulauan Pasifik". Rencana itu diterbitkan di beberapa akhbar Papua New Guinea hari ini.
Ini kali pertama Presiden Xi melawat Papua New Guinea, dan juga lawatan rasmi pertama Presiden China ke negara kepulauan Pasifik tersebut.
Sejak hubungan diplomatik terjalin pada tahun 1976, kedua-dua negara saling menghormati, dan mewujudkan situasi saling menguntungkan.
Kini hubungan kedua-dua negara telah memasuki fasa perkembangan yang baharu.
Lawatan Xi kali ini diharap dapat mempertingkat hubungan yang saling mempercayai, memperluas kerjasama pragmatik, dan merapatkan pertukaran lawatan dalam kalangan rakyat.

 

高蕾