Lawatan Xi ke Asia-Pasifik, Pendorong Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan

2018-11-14 15:52:25  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping akan membuat lawatan rasmi ke Papua New Guinea, Brunei dan Filipina serta menghadiri Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-26 dan bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara kepulauan Pasifik di Papua New Guinea pada 15 hingga 21 November ini. 
Sidang kemuncak APEC tahun ini bertema "mengambil peluang inklusif, menyambut masa depan digital". Pelbagai pihak akan mengadakan perbincangan tentang topik-topik integrasi ekonomi serantau, ekonomi digital, kesalinghubungan serta pembangunan lestari dan inklusif. 
Selepas lawatan ke Papua New Guinea, Presiden Xi akan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei dan Filipina pada 18 hingga 21 November. Lawatan kali ini nescaya akan meningkatkan hubungan antara China dengan kedua-dua negara tersebut.
Dalam tempoh lawatan kali ini, Xi dan pemimpin ketiga-tiga negara terlibat akan menandatangani pelbagai dokumen yang meliputi ekonomi, perdagangan, kemanusiaan dan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) .

徐国玮