Rencana Xi Jinping Dapat Sambutan Baik di Papua New Guinea

2018-11-15 16:36:24  CRI
Share with:

Rencana oleh Presiden China, Xi Jinping di media tempatan Papua New Guinea sempena lawatan rasminya ke negara itu mendapat sambutan baik daripada rakyat tempatan. 

Wartawan Sunday Chronicle Newspaper,  Paul Starza menyatakan, kerajaan China telah membantu negara itu membina banyak prasarana, antaranya termasuk jalan dan bangunan di Port Moresby. 

Andy Mokach, seorang penduduk tempatan selepas membaca rencana Presiden Xi melalui akhbar “The National” berkata, hubungan persahabatan dan kerjasama perdagangan antara China dengan Papua New Guinea dan negara-negara kepulauan yang lain yang disebut oleh Presiden Xi dalam rencananya boleh dilihat orang awam. Beliau amat menghargai bantuan China dan mengalu-alukan lawatan Presiden Xi.

胡星