Li Keqiang Hadir Sidang Kemuncak 10+3 Ke-21

2018-11-15 20:24:17  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_sidangkemuncak10+3

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri sidang kemuncak ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan (10+3) di Singapura pagi tadi.

Li berkata, negara-negara anggota ASEAN, China, Jepun dan Korea Selat memainkan peranan yang amat penting dalam menghadapi krisis kewangan Asia dan dunia. Negara-negara yang terlibat dalam sistem 10+3 perlu memelihara sistem multilateralisme dan kebebasan perdagangan. Dalam Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang diadakan semalam, pelbagai pihak bersetuju untuk mendorong rundingan muktamad agar mencapai perjanjian perdagangan bebas yang moden, komprehensif, bertaraf tinggi dan saling menguntungkan dengan secepat mungkin.

 

图片默认标题_fororder_sidangkemuncak10+3b

Beliau mengemukakan lima cadangan untuk meningkatkan kerjasma 10+3 pada masa akan datang. Pertama, mendorong integrasi ekonomi Asia Timur. Kedua, meningkatkan keselamatan kewangan. Ketiga, memperkasakan kerjasama inovasi. Keempat, memperkasakan pembangunan inklusif. Dan kelima, merapatkan hubungan persahabatan dalam karangan rakyat.

Tambah beliau, China bersedia bersama-sama pelbagai pihak mengambil peluang, mencapai konsensus, bekerjasama erat dan memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang agar menjayakan Komuniti Ekonomi Asia Timur dan membina masa depan yang lebih cerah di ratau ini.

王瑾