Sidang Peringkat Menteri APEC Fokuskan Pembangunan Inklusif dan Integrasi Ekonomi

2018-11-16 15:58:35  CRI
Share with:

Sidang Peringkat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik(APEC) Ke-30 diadakan di Port Moresby, Papua New Guinea semalam. Para peserta telah membincangkan topik-topik seperti menggalakkan pembangunan inklusif di kawasan Asia-Pasifik dan integrasi ekonomi.

Pengerusi sidang kali ini, Menteri Luar Papua New Guinea, Rimbink Pato menegaskan peri pentingnya menggalakkan pembangunan inklusif. Beliau berkata, cara menggalakkan pembangunan syarikat kecil dan mikro dengan inovasi dan teknologi digital antara topik penting yang bakal akan dibincangkan dalam minggu Sidang Kemuncak APEC nanti.

Pato berkata, pembinaan infrastruktur termasuk Inisiatif Jalur & Lauan (B&R) anjuran China ialah komponen penting dalam mewujudkan pembangunan inklusif dan kemakmuran bersama di Asia-Pasifik. Beliau turut menegaskan pentingnya kebebasan perdagangan bagi rantau ini.

胡星