Presiden Xi Berucap dalam Sidang Kemuncak CEO APEC

2018-11-17 18:26:13  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123728801_15424715553141n6

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Industri dan Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC CEO summit) yang diadakan di Port Moresby, Papua New Guinea hari ini. 

Beliau telah mengemukakan anjuran China kepada pelbagai pihak untuk mengetahui arah pembangunan ekonomi dunia dan mencari penyelesaian bagi tadbir urus global. Beliau menegaskan bahawa pelbagai pihak harus berpegang pada prinsip terbuka, membangun, inklusif, inovasi dan peraturan, menentang fahaman perlindungan dan unilateralisme untuk memelihara mekanisme perdagangan multilateral yang diketuai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), mengetuai globalisasi ekonomi ke arah lebih terbuka, inklusif, seimbang dan menang-menang. 

 

图片默认标题_fororder_1123728801_15424715553241n6

Beliau menegaskan, revolusi sains dan teknologi sedang berkembang ke arah yang betul. Penubuhan mekanisme perlindungan harta intelek adalah untuk melindungi dan menggalakkan inovasi, bukanlah membuat, malah meluas jurang sains dan teknologi. Kita harus membincangkan dan menetapkan sistem dan peraturan yang bersesuaian dengan revolusi sains dan teknologi, membina suasana kerjasama antarabangsa, membolehkan hasil sains dan teknologi memberikan manfaat kepada lebih banyak rakyat dan negara.  

 

图片默认标题_fororder_1123728801_15424715553411n6

Beliau turut menawarkan undangan kepada tokoh-tokoh dari kalangan industri dan perniagaan menyertai Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur & Laluan Kedua yang bakal diadakan di Beijing pada April tahun depan. Katanya, kalangan pemimpin industri dan perniagaan adalah penyumbang penting bagi pertumbuhan ekonomi Asia-Pasifik dan dunia. Beliau berharap golongan tersebut dapat giat menggalakkan polisi pragmatik dan memperkasakan kerjasama ekonomi dan teknologi untuk kemakmuran rantau Asia Pasifik dan dunia.

王瑾