China, Indonesia Tingkatkan Kerjasama Dua Hala

2018-11-18 15:58:54  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123729088_15424699800621n6

 

Presiden China, Xi Jinping dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mencapai konsensus penting untuk meningkatkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara, dalam rundingan di Port Moresby, Papua New Guinea semalam.

Menurut Xi, China dan Indonesia adalah dua negara membangun besar dan ekonomi membanguna, kedua-dua negara ini mempunyai pendirian yang sama dalam pelbagai bidang. China bersedia mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Indonesia, dan mengembangkan hubungan dua hala dari perspektif strategik. 

Beliau berkata, China mementingkan cadangan Presiden Jokowi tentang Koridor Ekonomi Komprehensif Serantau, menambah import dari, mengintensifkan kerjasama kewangan, perniagaan elektronik dan sosiobudaya dengan Indonesia. Selain itu, China bersedia berusaha bersama-sama Indonesia mendorong penaiktarafan hubungan China-ASEAN dan kerjasama Asia Timur mencapai kemajuan lebih besar, serta memperkasakan interaksi dan penyelarasan dalam kerangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kumpulan 20.

Jokowi mengucapkan tahniah kepada China yang berjaya mengadakan Ekspo Antarabangsa Import China (CIIE) dan terima kasih atas bantuan China kepada Indonesia selepas negara itu mengalami gempa bumi dan tsunami. Beliau berkata, Indonesia gembira dapat mencapai siri perjanjian dan persepakatan dengan China.  

王瑾