Ucapan Xi Disambut Baik

2018-11-18 15:55:54  CRI
Share with:

图片默认标题



Ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Industri dan Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC CEO Summit) mendapat sambutan baik.

Pesuruhjaya Perdagangan dan Pelaburan Forum Negara Kepulauan Pasifik, David Morris berkata, keterbukaan dan kerjasama satu-satunya jalan bagi mewujudkan pembangunan inklusif dan lestari. Hubungan rakan sentiasa bermanfaat daripada pertentangan.

Presiden Persatuan Industri Thailand, Suphan menyifatkan ucapan Presiden Xi sebagai amat memberangsangkan, ia bukan sahaja menjelaskan kejayaan pelan China, tetapi juga mengukuhkan keyakinan dunia terhadap China yang mempertahakan perdagangan mutilateral dan suasana perdagangan terbuka.

Pengarah Pusat Penyelidikan APEC Australia, Andrew Alan McIntyre berpendapat, pembangunan sosioekonomi Asia Pasifik sepatutnya diwujudkan dengan pelbagai kaedah pembangunan dihormati.

Profesor Jenik Redden dari Universiti Columbia Amerika Syarikat berkata, pelbagai negara perlu menghadapi masalah dalam rangka pelbagai hala, seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

王瑾