APEC Buka Ruang Kerjasama Lebih Luas

2018-11-19 14:59:22  CRI
Share with:

China dan AS dianggap boleh menjalin usaha sama dalam banyak aspek di bawah rangka Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Ketua Pengarah Jabatan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Zhang Shaogang menyatakan China dan AS merupakan anggota penting APEC dan telah mengambil bahagian secara mendalam dalam kerjasama berkenaan.

Katanya, penubuhan pangkalan data rantaian pembekalan Asia Pasifik yang diterajui China dan AS amat bermakna kerana membolehkan anggota APEC mengetahui kedudukan sendiri dalam rantaian nilai tersebut. Perkara ini lebih bermakna bagi negara-negara membangun untuk menetapkan hala tuju pembangunan pada masa akan datang dan meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai. 

张哲