Mesyuarat Pemimpin APEC Capai Hasil Positif

2018-11-19 14:58:28  CRI
Share with:

Mesyuarat Pemimpin Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Papua New Guinea mencapai hasil positif yang memperkasakan kerjasama pragmatik serantau.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Ekonomi Antarabangsa, Kementerian Luar China, Wang Xiaolong berkata Presiden Xi Jinping dalam ucapan pada sidang itu menekankan kesignifikanan prinsip terbuka, membangun, inklusif, inovatif serta berlandaskan peraturan bagi mempertingkat kerjasama antarabangsa, membaiki tadbir urus ekonomi global dan menangani cabaran bersama.  

Menyebut tentang pencapaian utama kerjasama ekonomi sesama anggota APEC pada tahun ini, Ketua Pengarah Jabatan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan China, Zhang Shaogang berkata kemajuannya boleh dilihat dari lima aspek utama, iaitu pertama, inisiatif dari segi polisi yang melibatkan tarif, langkah-langkah bukan tarif, perkhidmatan dan pelaburan; kedua, Rangkaian E-pelabuhan Model Asia Pasifik (APMEN) yang terus berkembang; ketiga, pembangunan pangkalan data nilai tambah perdagangan rantai nilai global menampakkan hasil penting; keempat, elemen kerjasama baharu disuntik untuk wawasan kerjasama selepas 2020; dan kelima, konsensus di kalangan anggota APEC untuk menyokong sistem perdagangan multilateral. 

张哲