Corakkan Masa Depan Hubungan China-Filipina

2018-11-19 15:19:39  CRI
Share with:

Menjelang lawatan ke Filipina, Presiden China, Xi Jinping menerbitkan artikel bertajuk "Bersama-sama Mencorakkan Masa Depan Hubungan China-Filipina" dalam akhbar negara itu.

Beliau berkata, hubungan China-Filipina telah dipulihkan dan dibaiki sejak Rodrigo Duterte menyandang jawatan Presiden Filipina.

Kini, China telah menjadi rakan dagang terbesar, pasaran eksport paling besar, sumber import paling besar dan juga sumber pelancong kedua terbesar bagi Filipina. 

China dengan teguh menyokong usaha Filipina dalam antidadah dan antikeganasan serta pembangunan semula di Marawi.

Presiden Xi dalam artikel itu menyatakan bahawa tujuan utama lawatan kali ini adalah bertukar-tukar pandangan dengan Presiden Duterte mengenai usaha meningkatkan kerjasama melibatkan segenap aspek dan melonjakkan ikatan ke tahap yang lebih tinggi.

张哲