China Komited Terus Galak Pembaharuan

2018-11-20 15:34:04  CRI
Share with:

Akhbar Renminribao China hari ini menerbitkan rencana pengarang yang mengulas ucaptama Presiden Xi Jinping pada Sidang Kemuncak Pemimpin Industri dan Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC CEO Summit) di Papua New Guinea.

Rencana itu menyebut, mengimbas kembali pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka sepanjang 40 tahun lalu, rakyat China semakin menyedari bahawa hanya dengan pembaharuan dan keterbukaan, barulah China dapat melakar kecemerlangan dalam pembangunan.

Ucaptama Presiden Xi pada sidang kemuncak tersebut mencerminkan tekad China untuk menambah baik kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada pembangunan dunia, yang mendapat sambutan baik masyarakat antarabangsa.

Dalam tempoh 1978 hingga 2017, pendapatan boleh guna per kapita rakyat China meningkat 22.8 kali ganda, sementara penduduk miskin berkurang sebanyak 740 juta.

Pada masa yang sama, pendidikan wajib di bandar dan desa dilaksanakan secara menyeluruh dan sistem jaminan sosial yang meliputi populasi terbesar telah ditubuhkan.

China muncul sebagai negara perdagangan komoditi dan pasaran pelancongan terbesar di dunia, di samping menjadi rakan dagang utama bagi lebih 130 negara. 

胡星