Pengalaman China Berbaloi Dikongsi

2018-11-26 16:56:08  CRI
Share with:

Perubahan besar yang dialami masyarakat China sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan pada 1978 sukar digambarkan dengan kata-kata.

Ban Ki-moon, Pengerusi Forum Asia Bo'ao yang juga mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) beranggapan, pengalaman China membangunkan negara berbaloi dikongsi dengan negara-negara lain.

Dalam temu bual dengan Agensi Berita Xinhua di Seoul, beliau berkata, dalam tempoh 40 tahun lalu, China telah melakukan usaha yang cemerlang dalam pembasmian kemiskinan, sehingga boleh dikatakan China membantu PBB mewujudkan matlamat pembangunan dalam bidang itu. China sekarang sedang berjuang untuk membasmi kemiskinan secara tuntas sebelum 2020.

Katanya, peranan China di persada antarabangsa semakin penting. China telah menjadi penyumbang kedua terbesar dalam operasi pengaman PBB, memainkan peranan positif dalam menghantar pasukan pengaman dan melaksanakan misi di pelbagai negara.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada China kerana sentiasa memberikan sokongan kepada negara-negara membangun. Seiring dengan pembinaan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), China boleh memainkan peranan yang lebih penting.

Tambah beliau, ketika beliau bertugas sebagai Setiausana Agung PBB, China memainkan peranan yang tidak boleh digantikan dalam menyelesaikan isu global seperti perubahan iklim dan pembangunan sosial.

曹捷