Vietnam Masuki Pasaran Eropah dengan Kereta Api China

2018-11-27 14:13:41  CRI
Share with:

Vietnam akan mengeksport buah-buahan dan teh ke pasaran pihak ketiga seperti Eropah, dengan memanfaatkan perkhidmatan kereta api ekspres China.

Demikian kenyataan jabatan kereta api Vietnam susulan majlis pembukaan semula pelabuhan darat Pingxiang di Guangxi semalam, yang menandakan satu saluran perdagangan darat-laut dibentuk.

Pengoperasian laluan kereta api kontena rentas sempadan Nanning-Hanoi menjadikan Vietnam satu nadi penting di rantau Semenanjung Indo-China. Sektor kereta api Vietnam akan meningkatkan pembinaan infrastruktur, menarik kargo dari seluruh rantau yang kemudian diangkut ke Eropah.


Menurut statistik, sebanyak 1,378 kontena unit padanan 20 kaki (TEU) diangkut ke Chengdu dan Chongqing untuk dibawa ke tempat-tempat lain di China bahkan hingga ke Eropah.

高蕾