China, Myanmar Galak Pembinaan Koridor Ekonomi

2018-11-27 13:21:21  CRI
Share with:

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, Ning Jizhe mengadakan lawatan ke Myanmar pada 24 hingga 27 November, bagi melaksanakan konsensus penting yang dicapai antara Presiden Xi Jinping dan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi pada penghujung tahun lepas.

Konsensus tersebut melibatkan pembinaan bersama koridor ekonomi China-Myanmar berdasarkan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Agenda lawatan Ning termasuk pertemuan dengan Aung San Suu Kyi, mesyuarat kerja dengan pegawai dari 11 jabatan dan institusi kerajaan Myanmar, serta bertukar-tukar pendapat dengan Gabenor Provinsi Yangon dan Speaker Parlimen. Tumpuan diberikan kepada usaha menyelaraskan pelan pembangunan ekonomi kedua-dua negara, menggalakkan pembinaan koridor ekonomi China-Myanmar, melancarkan kerjasama projek mega termasuk bandar industri Yangon baharu serta mempercepat pemerolehan hasil tuaian awal.

Pembinaan koridor ekonomi China-Myanmar melibatkan provinsi Yunnan, China dengan Yangon dan Kyauk Phyu, Myanmar. Kedua-dua negara akan menggalakkan kesalinghubungan infrastruktur serta kerjasama dalam bidang kapasiti industri, pertanian, tenaga, kawangan, pelancongan, "Jalan Sutera Digital" dan zon ekonomi sempadan.

Ini dipercayai akan memajukan ekonomi Myanmar, meningkatkan taraf hidup rakyat dan mewujudkan pembangunan mampan, sekali gus membantu menstabilkan situasi serantau.

曹捷