Rencana Xi Jinping Diterbitkan di Media Sepanyol

2018-11-28 11:48:46  CRI
Share with:

Rencana Presiden China, Xi Jinping yang bertajuk "Berganding Bahu Melangkah ke Era Baharu, demi Kecemerlangan Baharu" telah diterbitkan di akhbar ABC semalam.

Xi berkata, China memperingati ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, justeru Sepanyol merayakan ulang tahun ke-40 pembaharuan perlembagaan. Kedua-dua negara diberi tanggungjawab baharu untuk memperkasakan kerjasama, menangani masalah dan mengusahakan pembangunan pada era baharu. Lawatan kali ini diharap dapat memperluas interaksi dengan pemimpin negara dan pelbagai lapisan masyarakat, mewarisi persahabatan tradisional, mengintensifkan kerjasama yang saling menguntungkan, agar mencipta masa depan yang lebih cemerlang bagi hubungan bilateral.

Sempena ulang tahun ke-15 terjalinnya hubungan rakan strategik antara China dengan Kesatuan Eropah, China terus menyokong integrasi Eropah dan menanti-nantikan Eropah yang berpadu, stabil, terbuka dan makmur.

高蕾