Inovasi Teknologi Penjana Pembangunan Berterusan China

2018-11-28 17:48:21  CRI
Share with:

China akan mengekalkan inovasi teknologi, melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, dan membaiki kualiti kehidupan rakyat dan persekitaran agar merealisasikan pembangunan berterusan.

Demikian dinyatakan Naib Menteri Sains dan Teknologi China, Xu Nanping di Beijing semalam.

Menurut beliau, China telah mencapai kemajuan yang cukup besar dalam bidang sains dan teknologi dalam tempoh 40 tahun yang lalu, dan akan memperluas keterbukaan dalam bidang berkenaan supaya dapat memupuk semangat inovatif dan keusahawanan di seluruh masyarakat.

Tambah Xu, menjamin penyelarasan antara pertumbuhan ekonomi dengan pembangunan masyarakat merupakan perubahan paling besar dalam garis panduan kerajaan China pada masa kebelakangan ini. China akan terus menjunjung semangat komuniti berkongsi nasib dan mementingkan pembangunan lestari yang dianggap sebagai tanggungjawab sesama insan.

高蕾