Kilang Mengniu di Indonesia Mula Operasi

2018-11-30 13:20:52  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_c999288c173b4697be059f6b0975dd4e


Kilang tenusu yang dibuka oleh syarikat Mengniu Co. Ltd. di kaunti Bekasi, Jawa Barat Indonesia memulakan operasi secara rasmi semalam.

Kilang milik syarikat dari Mongolia Dalam, China itu seluas 15 ribu meter persegi, mula dibina pada Mac lalu dengan pelaburan berjumlah USD50 juta (RM347 juta).

Produknya akan dipasarkan di beberapa bandar utama Indonesia bermula Disember. Dalam tempoh lima tahun akan datang, kilang tersebut dijangka akan menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Ketua Pengarah Mengniu, Lu Minfang berkata, kumpulannya sentiasa melihat Asia Tenggara sebagai pasaran luar yang paling penting. Kilang di Indonesia itu akan membantu meningkatkan daya saing Mengniu di seluruh Asia Tenggara.
 

曹捷