Kerjasama Tenaga, Komponen Penting Perkongsian Strategik China-Rusia

2018-11-30 14:18:25  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_han

Kerjasama China dan Rusia dalam bidang sumber tenaga adalah komponen penting dalam pembinaan perkongsian strategik komprehensif, malah satu sektor yang paling berpotensi dalam kerjasama pragmatik kedua-dua negara.

Demikian ujar Naib Perdana Menteri China, Han Zheng ketika menyampaikan surat tahniah daripada Presiden China, Xi Jinping semasa majlis perasmian Forum Perniagaan Sumber Tenaga China-Rusia yang diadakan di Rumah Tamu Negara Diaoyutai Beijing semalam.

Katanya, dengan usaha sama kerajaan dan syarikat kedua-dua negara, kerjasama dalam sektor itu telah membuahkan hasil yang cukup memuaskan pada masa ini.

Beliau turut menyarankan supaya kedua-dua negara menggalakkan integrasi dalam industri sains dan teknologi serta sumber tenaga, seperti Kecerdasan Buatan (AI), Data Besar dan Internet.

Di samping itu, kedua-dua pihak boleh mengkaji kaedah inovasi untuk menjana modal melalui kerjasama institusi kewangan bagi memastikan program kerjasama berkenaan berjalan lancar.

Igor Sechin, Presiden Syarikat Petrolum Rosneft Rusia yang menghadiri majlis perasmian turut menyampaikan surat tahniah daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Forum yang bertemakan "intensifkan kerjasama dari segenap aspek dalam perdagangan sumber tenaga, pelaburan dan kewangan" kali ini menarik penyertaan lebih 400 orang dari badan sumber tenaga dan hampir 90 syarikat dari kedua-dua negara.

周乔西