Pinjaman 2T Yuan Bagi Pembinaan Prasarana di Thailand

2018-12-03 14:36:31  CRI
Share with:

Bank Pembangunan Negara (CDB) cawangan Guangdong dan Bank Kasikorn Thailand menandatangani perjanjian baru-baru ini. CDB cawangan Guangdong akan menyediakan pinjaman RMB2 bilion (RM1.2 bilion) bagi pembinaan prasarana di Thailand.
Thailand, salah sebuah negara penting bagi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan berperanan penting dalam ASEAN. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik selama lebih 40 tahun, kerjasama ekonomi antara China dengan Thailand semakin erat. Jumlah dagangan dua hala telah mencecah USD74.1 bilion (RM320 bilion) pada tahun 2017. 
Thailand ialah negara kedua yang terlibat dalam BRI yang menerima pinjaman China selepas Filipina. Pinjaman seumpama ini bakal meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan serta memperkasakan kerjasama kewangan antara China dengan negara-negara ASEAN serta mendorong pengantarabangsaan mata wang RMB.

徐国玮