Tempoh Kritikal bagi Hubungan China-AS

2018-12-04 11:56:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersetuju untuk menghentikan sekatan perdagangan seperti perang tarif yang semakin memburuk, dalam satu rundingan di Argentina Sabtu lalu.

Selain itu, kedua-dua pihak akan menjalankan rundingan intensif selama 90 hari hingga mencapai persetujuan untuk membatalkan tarif tambahan yang dilaksanakan satu sama lain pada tahun ini. Tanpa konsensus sedemikian, situasi dijangka makin parah.

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg (1)

Pergeseran yang berlarutan lebih lapan bulan telah membawa impak kepada kedua-dua negara, dan fakta menunjukkan tiada pemenang dalam perang perdagangan. Pada bulan Oktober, defisit perdagangan kargo AS mencatat paras tertinggi iaitu USD77.2 bilion (RM 333 bilion). Ternyata perang yang dicetuskan Washington tidak membaiki keadaan sebagaimana yang diharapkan, sebaliknya menambah risiko kepada ekonomi domestik AS.

Keputusan pemimpin China dan AS untuk menghentikan pergeseran, satu pilihan bijak yang berfaedah kepada kedua-dua pihak. Jika persetujuan antara pemimpin gagal dilaksanakan, kemungkinan satu pusingan baharu perang perdagangan tercetus, menjejaskan kepentingan semua. Maka, tempoh tiga bulan akan datang kritikal bagi kedua-dua negara.

Walau apa jua hasil rundingan berkenaan, China akan terus bertenang dan mengekalkan pendiriannya, yakni tidak mahu berperang dagang, namun tidak takut menghadapinya jika perlu. China akan secara teguh mempertahankan kepentingan teras negara dan rakyatnya.

覃淼