Pertemuan Pemimpin China, AS Berhasil

2018-12-05 11:19:56  CRI
Share with:

Pertemuan Presiden China, Xi Jinping dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berakhir dengan jayanya, maklum jurucakap Kementerian Perdagangan China di Beijing semalam.
Menurutnya, kumpulan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara akan mengadakan rundingan intensif selama 90 hari akan datang, mengikut jadual dan peta garis yang jelas.
Baru-baru ini, Xi mengadakan pertemuan dengan Trump di Buenos Aires atas undangan pemimpin AS itu.
Kedua-dua presiden bersetuju untuk berhenti mengenakan tarif baharu dan mengarahkan kumpulan ekonomi masing-masing mempercepat rundingan ke arah membatalkan kesemua tarif tambahan melalui perjanjian yang saling menguntungkan.

覃淼