Turki Arah Tangkap 240 Suspek Percubaan Rampasan Kuasa

2018-12-05 11:38:51  CRI
Share with:

Badan pendakwa Turki mengeluarkan arahan tangkap terhadap sekurang-kurangnya 242 suspek yang terlibat dalam percubaan rampasan kuasa di negara itu pada 2016.
Media tempatan melaporkan setakat ini, 55 individu telah ditahan di Istanbul, sementara waran tangkap dikeluarkan terhadap 112 lagi di Kayseri dan Ankara, serta 34 anggota tentera di seluruh negara itu.
Pada Julai 2016, satu percubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera mengakibatkan 250 orang terbunuh.
Kerajaan Turki telah berulang kali meminta pihak Amerika Syarikat (AS) mengekstradisi tokoh keagamaan, Fethullah Gülen, pemimpin Gerakan Gulen yang didakwa perancang utama percubaan rampasan kuasa itu.

覃淼