China Komited Bantu Usaha Lindung Angkor Wat

2018-12-05 14:36:23  CRI
Share with:

Sidang pleno ke-25 jawatankuasa penyelarasan antarabangsa bagi perlindungan dan pembangunan tapak tinggalan sejarah Angkor Wat dirasmikan di Siem Reap, Kemboja semalam. 
Pada petang hari yang sama, Menteri Budaya dan Seni Kemboja mewakili Perdana Menteri Hun Sen, menyampaikan hadiah kepada wakil pelbagai negara yang memberikan sumbangan bagi perlindungan Angkor Wat. 
Tiga orang pakar dari China dianugerahkan pingat Chevalier Raja Kemboja.
Dalam ucapan perasmiannya, Hun Sen menyatakan penghargaan terhadap Pertubuhan Budaya, Sains dan Pendidikan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dan kumpulan kerja pelbagai negara atas sumbangan mereka. Usaha bersama untuk memulihara Angkor Wat selama 25 tahun telah membuahkan hasil ketara dari segi perlindungan warisan, pembangunan pelancongan, dan kesejahteraan rakyat.
Naib Ketua Pengarah Jabatan Artifak China selaku ketua delegasi menyatakan tahun ini ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Kemboja, juga menandakan genap 25 tahun China terlibat dalam kerja melindungi Angkor Wat.
China bersedia bekerjasama dengan negara-negara lain untuk melindungi peninggalan sejarah tersebut. 

徐国玮