Sekatan AS akan Jejaskan Eksport Minyak Kawasan Teluk

2018-12-05 13:16:27  CRI
Share with:

Presiden Iran, Hassan Rouhani menyatakan sekiranya Iran tidak dapat mengeksport minyak berikutan sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara itu, maka pengeksportan minyak di rantau Teluk akan terjejas.
Media tempatan memetik kenyataan Rouhani bahawa sekiranya AS cuba menghentikan pengeksportan minyak Iran, kesemua minyak di seluruh Teluk tidak akan dieksport.
Pada Mei lalu, AS mengumumkan penarikan diri daripada perjanjian isu nuklear Iran. Pada Ogos, AS memulihkan sekatan terhadap Iran melibatkan sektor bukan tenaga termasuk kewangan, logam, perlombongan dan automotif, diikuti pusingan kedua pada November, menyasarkan sektor tenaga dan kewangan.

覃淼