Han Liuye, pewaris budaya bukan benda penganyaman rumput dari provinsi Hebei. Beliau secara suka rela mengajar teknik ini kepada orang ramai di sekolah atau kawasan kediaman tempatan.
Dalam tempoh lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Perancis baru-baru ini, kedua-dua pihak telah menyiarkan Perisytiharan Bersama China-Perancis berhubung Situasi Asia Barat yang memaparkan pendirian dan suara yang sama mengenai konflik Palestin-Israel, isu nuklear Iran dan krisis Lautan Merah.
Pemimpin China dan Perancis telah bertukar cenderahati, iaitu obor untuk kegunaan Sukan Olimpik yang pernah dianjurkan di negara masing-masing, mengeluarkan 4 kenyataan bersama, menandatangani hampir 20 dokumen kerjasama bilateral dalam bidang pembangunan hijau, penerbangan, agromakanan, perniagaan dan sosiobudaya.
Seramai 295 juta orang memilih keluar melancong di negara China pada tempoh cuti 1 Mei, meningkat 7.6 peratus tahun ke tahun. Manakala, sektor pelancongan inbound memperoleh pendapatan sebanyak RMB166.89 bilion (RM109.63 bilion) dalam tempoh tersebut, naik 12.7 peratus tahun ke tahun.