Kumpulan Ke-31 Armada China Berlepas ke Teluk Aden

2018-12-09 16:10:03  CRI
Share with:

Kumpulan armada China ke-31 berlepas dari bandar Zhanjiang, provinsi Guangdong China menuju ke Teluk Aden dan perairan Somalia untuk menjalankan misi mengawal pelayaran semalam.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 tentera laut China menyertai misi pengawalan pelayaran antarabangsa. Sejak tentera China menyertai misi mengawal pelayaran antarabangsa pada 26 Disember, tahun 2008, China telah menghantar sebanyak 31 armada, 100 kapal, 67 helikopter, 26 ribu anggota tentera untuk menjalankan misi mengawal pelayaran di Teluk Aden dan perairan Somalia, melindungi 6,595 kapal dari dalam dan luar negara sepanjang pelayaran mereka, berjaya menyelamatkan 60 kapal yang bermasalah, mengekalkan rekod " Dwi-100% Selamat", berjaya menjalankan misi pengunduran orang Cina di Libya dan Yemen, melakukan kerja mencari dan menyelemat (SAR) pesawat Malaysia Airlines yang hiliang hubungan, melaksanakan pembekalan air kecemasan di Maldives, mengawal pelayaran kapal yang membawa senjata kimia Syria dan lain-lain. Pencapaian yang cemerlang itu dilihat membantu meningkatkan daya tentera laut China dalam pelbagai bidang.

胡星