HK, Salah Satu Bandar Paling Selamat di Dunia

2018-12-09 14:53:26  CRI
Share with:

Hong Kong kini antara bandar paling selamat di dunia berikut sumbangan besar polis tempatan. Situasi keselamatan bukan sahaja memberikan ketenteraman kepada penduduk tempatan, tetapi juga menjadikan para pelabur lega hati melakukan perniagaan di sini.

Demikian ujar Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor semalam.

Menurutnya, kadar jenayah menurun ke bawah 1,000 kes segenap 100 ribu populasi di HK selepas tahun 2014. Angka ini lebih rendah daripada banyak bandar lain di dunia. HK diiktiraf salah sebuah bandar paling selamat di dunia dan kejayaan ini tidak terlepas dari sumbangan pasukan polis tempatan.

覃淼