BRI, Peluang Jana Ekonomi Dunia

2018-12-17 12:12:12  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah menjadi konsensus bersama masyarakat antarabangsa, juga peluang untuk menjana pertumbuhan ekonomi dunia dan kerjasama, menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan serta globalisasi ekonomi.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Yang Jiechi menyatakan demikian dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Penasihat Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa BRI di Beijing semalam.

Yang Jiechi yang juga pengarah Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Pusat berkata, BRI telah mendapat sokongan aktif masyarakat antarabangsa sejak disarankan lima tahun lalu.

China bersedia bersama-sama semua pihak mendorong pembangunan secara terbuka, bersama, kerjasama dan hijau, dengan komitmen untuk menyokong teguh multilateralisme, membina ekonomi dunia yang terbuka dan perkongsian sejagat yang saling hubung, demi pembangunan sedunia.

Jawatankuasa Penasihat tersebut adalah badan penasihat dasar antarabangsa bukan keuntungan, bertujuan memberikan sokongan intelektual untuk menjayakan Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa BRI.

曹捷