Pameran Musim Sejuk Produk Pertanian Hainan Berhasil

2018-12-17 14:40:39  CRI
Share with:

Pameran Musim Sejuk Produk Pertanian Tropika Antarabangsa (Hainan) China 2018 telah menutup tirainya semalam, dengan jumlah keseluruhan tempahan produk pertanian mencatat RMB77.237 bilion (RM47 bilion), mencipta rekod baharu.

Angka ini naik RMB10.608 bilion (RM6.43 bilion) jika dibandingkan dengan pesta tahun lepas, dan dilaporkan membawa kepada pemeterian 32 projek pelaburan bernilai RMB43.697 bilion (RM26.51 bilion).

Dalam pesta kali ini, 400 jenis produk yang diperkenalkan oleh 138 syarikat dari 34 negara dan wilayah dipamerkan di pavilion antabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Pada tahun depan, provinsi Hainan akan menggalakkan kerjasama dengan Thailand, Filipina, Sri Lanka dan Israel berhubung benih, penyemaian serta pertukaran dan pemindahan teknologi pertanian.

周乔西