7 Individu, 23 Entiti Venezuela Dikena Sekatan AS

2019-01-09 18:07:19  CRI
Share with:

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan sekatan terhadap tujuh individu dan 23 entiti dari Venezuela yang didakwa terbabit dalam kegiatan rasuah menggunakan transaksi pertukaran asing kerajaan negara itu, melibatkan dana lebih USD2.4 bilion (RM9.9 bilion).

Beberapa entiti yang dikenakan sekatan itu berdaftar di Venezuela, sementara yang lain kebanyakannya di New York, Miami dan bandar-bandar lain di AS.

Menurut peruntukan yang releven, aset individu dan entiti berkenaan akan dibeku, dan warga AS dilarang berurus niaga dengan mereka.

Sejak 2017, AS telah mempertingkat sekatan ekonomi dan kewangan terhadap Venezuela dengan menggunakan "demokrasi dan hak asasi manusia" sebagai alasan. Tindakan itu dikritik kerajaan Venezuela sebagai campur tangan.

高蕾