Eksport Beras Thailand Lebih 11 Juta Tan

2019-01-09 15:07:46  CRI
Share with:

Jumlah eksport beras Thailand mencatat 11.13 juta tan pada 2018, mencapai sasaran yang dikehendaki dengan pendapatan bernilai USD5.62 bilion (RM23.12 bilion).

Kementerian Perdagangan Thailand semalam menyatakan bahawa kenaikan harga beras pada tahun lepas juga menambah pendapatan kaum tani tempatan.

Menyentuh prospek pada tahun ini, kementerian itu meramalkan jumlah eksport beras Thailand dijangka menurun sedikit susulan kekurangan pembelian akibat kelembapan ekonomi dunia dan harga beras negara lain yang lebih murah.

Dalam pada itu, jabatan kerajaan berkenaan akan terus memperluas pasaran di negara-negara pembeli utama di rantau Asia, termasuk China, Singapura, Indonesia dan Filipina pada tahun ini.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
周乔西