China Bantu Pesakit Katarak Myanmar Pulih Penglihatan

2019-01-11 15:12:00  CRI
Share with:

Program kebajikan awam seperti rawatan percuma untuk pesakit katarak semakin giat diperkenalkan di negara-negara Jalur dan Laluan, seiring dengan perkembangan yang disaksikan dalam pembangunan inisiatif tersebut. 

Setakat ini, lebih 1,000 pesakit katarak di Myanmar telah menjalani pembedahan secara percuma oleh lima pasukan perubatan antarabangsa, sejak program itu bermula pada 2017.

Progam kebajikan yang khusus untuk pesakit katarak itu ditaja bersama All-China Federation of Returned Overseas (Chinaql), Tabung Amal Perantau China (Overseas Chinese Charity Foudation of China, OCCFC) dan Kumpulan Hospital Oftalmologi Aier.

Program berkenaan telah dilancarkan di China selama lebih sepuluh tahun lalu, hingga mendapat pengiktirafan dan pujian dalam kalangan rakyat.

Selain Myanmar, program itu juga akan dilancarkan di beberapa negara Asia Tenggara lain, termasuk Malaysia, Filipina dan Kemboja pada masa hadapan.

周乔西