Perlindungan Harta Intelek di China Berhasil

2019-01-12 14:15:07  CRI
Share with:

Baru baru ini, ketua-ketua pejabat harta intelek dari pelbagai tempat China berkumpul di Beijing menyimpulkan pekerjaan pada tahun 2018 dan menggariskan rancangan 2019 untuk menggalakkan inovasi sains dan teknologi dan pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi.

 
Sidang tersebut memaklumkan, pekerjaan yang dijalankan pada tahun 2018 termasuk pembaharuan terhadap agensi pentadbiran harta intelek peringkat kebangsaan dan peringkat provinsi diselesaikan, dan pengawalan terhadap cap dagang, paten, penunjuk geografi, reka bentuk serta susun atur litar bersepadu dijalankan secara bersepadu. Setakat penghujung tahun 2018, jumlah pemilikan paten oleh Tanah Besar China mencatat 1.602 juta buah, meningkat 18.1%, dan pendaftaran cap dagang domestik yang sah mencatat 18.049 juta buah, meningkat 32.8%. Serentak itu, produk penunjuk geografi yang lulus sebanyak 2,380 buah dan cap dagang penunjuk geografi, 4,867 buah.
Angka tersebut membuktikan China telah berkembang menjadi negara besar dalam bidang harta intelek, yang dilihat tidak lepas dari peningkatan kreativiti dan pembangunan industri.
Tahun 2019 merupakan permulaan selepas pembaharuan agensi harta intelek selesai. Sidang tersebut telah mengatur tugas bagi tahun ini yang melibatkan sembilan bidang, iaitu terus meningkatkan keefisienan sepanjang proses pengesahan terhadap harta intelek, mengukuhkan perlindungan harta intelek, menggalakkan penggunaan harta intelek secara komprehensif, meningkatkan kemampuan menggunakan harta intelek dalam perkhidmatan awam, memperhebat kawal selia sektor harta intelek, mengintensifkan kerjasama dan sebagainya.
Seiring dengan semakin banyak syarikat China meneroka pasaran di seberang laut, China berharap kerajaan asing meningkatkan perlindungan harta intelek yang dimiliki syarikat China.

Peningkatan terhadap perlindungan harta intelek di China, dipercayai dapat menjana kreativiti negara ini dan menyediakan penggerak baharu bagi perkembangan ekonomi domestik yang berkualiti tinggi dan pertumbuhan ekonomi dunia. 
曹捷