Laporan CNN Bohong Belaka

2019-01-22 15:06:10  CRI
Share with:

Laporan CNN tentang wanita Uygur, Mihrigul Tursun yang dipenjarakan di Urumqi menyaksikan kematian sembilan wanita seetnik dan anak lelakinya sendiri adalah "bohong belaka yang dibuat dengan motif terselindung".

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying memaklumkan, menurut maklumat pihak berkenaan, Mihrigul ditahan biro keselamatan awam kaunti Qiemo pada 21 April 2017 kerana disyaki menghasut kebencian dan diskriminasi etnik. Selepas didapati menghidap penyakit berjangkit, hukuman terhadapnya dibatalkan pada 10 Mei 2017 atas pertimbangan kemanusiaan. Selain tempoh tahanan 20 hari, Mihrigul bebas sepanjang berada di China. Dakwaan bahawa dia pernah menyaksikan kematian sembilan wanita dan dipenjarakan sebilik dengan lebih 50 wanita lain adalah penipuan semata-mata.

Menyentuh kematian anak lelaki, Hua berkata seorang anak lelaki Mihrigul, Muezi dirawat di Hospital Kanak-kanak Urumqi pada 14 hingga 19 Januari, 6 hingga 12 Mei dan 4 hingga 8 November 2016 kerana pneumonia, hidrosefalus dan hernia inguinal, kemudian dibawa meninggalkan China dengan pasport Mesir pada April 2018. Seorang lagi anak lelaki, Muaizi tidak didaftarkan kewarganegaraan di China, dibawa ke Turki pada Januari 2016. Keadaan selanjutnya tidak diketahui pihak China. Maka, laporan CNN bahawa anak Mihrigul meninggal dunia di hospital tanpa penjelasan mengenai sebab dimasukkan ke hospital adalah tidak benar sama sekali.

Sambil menekankan kebenaran nadi berita, Hua menggesa media berkenaan mematuhi etika kewartawanan, menghargai reputasi sendiri serta tidak memetik maklumat yang palsu atau menyiarkan laporan yang diada-adakan.

高蕾