Shanghai Sasar Pusat Kewangan Antarabangsa

2019-01-23 11:54:51  CRI
Share with:
Shanghai memperkenalkan langkah konkrit bagi melaksanakan pelan tindakan untuk memperkukuh kedudukannya sebagai pasaran kewangan antarabangsa yang berkemampuan kuat dalam pengagihan sumber kewangan dan pengaruhnya menjangkau jauh menjelang 2020.

Pelan berkenaan diterbitkan bersama Bank Rakyat China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) dan enam badan lain baru-baru ini.

Shanghai akan menumpukan usaha pada lima aspek, iaitu memperluas keterbukaan dan pengaruh; mempertingkat pembaharuan dan inovasi; memfokuskan sumber kompetitif dan memperkasakan daya saing industri; mengoptimumkan fungsi pasaran serta pengagihan sumber demi pembangunan berkualiti; mengawal risiko kewangan dan mencipta suasana perniagaan paling kondusif.
 
高蕾