Lawatan Rombongan Seni, Zahirkan Rasa Persahabatan

2019-01-28 14:37:29  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124050124_15486118119861n


Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China, Xi Jinping diiringi isteri, puan Peng Liyuan menyaksikan persembahan yang dibawa rombongan seni Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) di Beijing, semalam.

Presiden Xi berkesempatan mengadakan pertemuan dengan ketua rombongan, Ri Su-yong yang juga anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Buruh Korea (WPK), Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat WPK merangkap Ketua Bahagian Antarabangsa.

Xi menyatakan, kunjungan rombongan itu bukan sahaja acara pertukaran budaya penting bagi melaksanakan konsensus antara pemimpin, malah sebahagian sambutan ulang tahun ke-70 ikatan diplomatik kedua-dua negara, yang dipercayai akan meningkatkan rasa muhibah sesama rakyat.

Beliau berharap kedua-dua pihak dapat bersama-sama memajukan pertukaran dan kerjasama melibatkan seni budaya, terus membuat sumbangan positif untuk memperkukuh asas persahabatan di kalangan rakyat, mewarisi persahabatan tradisional dan mendorong pembangunan budaya sosialis masing-masing.

Ri Su-yong pula menyatakan, agenda rombongannya di Beijing adalah bagi menzahirkan rasa persahabatan mendalam pemimpin dan rakyat DPRK terhadap China. Usaha akan dilakukan untuk mempererat kerjasama dan persahabatan, bagi membuka lembaran baharu hubungan kedua-dua negara.

图片默认标题_fororder_1124050124_15486118210551n

曹捷