Perayaan TBC Guru Bahasa Mandarin di Bangkok

2019-01-29 14:27:34  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_32dca83c-5344-46af-8ddc-2cc66ff8081c

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_75d1f769-9c5d-41cf-8604-6f1de2ad3e7f

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_7b5311bb-2d6c-4424-97af-d3e39bb3a2ce

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_acfaabe4-203d-4fc8-bc18-1753ebbe3172

Seramai 400 tetamu hadir memeriahkan Gala Tahun Baharu Cina di Bangkok, Thailand kelmarin, sekali gus meraikan guru bahasa Mandarin yang dinobatkan juara pertandingan kemahiran mengajar bagi tahun akademik 2018-2019.

Kaunselor yang berpangkat duta dari Kedutaan Besar China, Yang Xin berkata, pengajaran bahasa Mandarin di Thailand yang berkembang maju ketika ini tidak terlepas daripada sokongan kukuh keluarga diraja dan kerajaan, malah kerjasama erat antara China dengan Thailand.

Tambah beliau, tokoh-tokoh daripada pelbagai lapisan masyarakat diharap dapat terus bekerjasama bagi menggalakkan perkembangan bahasa Mandarin di Thailand sambil mengekalkan ikatan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kemahiran mengajar ditaja oleh Persatuan Guru Bahasa Mandarin Thailand.

周乔西