Tahun Budaya, Pelancongan China-Kemboja 2019

2019-01-31 12:26:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500020%5c1%5c9500020_1_1_30a98131-4c5f-41c0-872f-849a296f5174

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500020%5c1%5c9500020_1_1_646d75b0-037d-40a5-a36d-624713282fed

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500020%5c1%5c9500020_1_1_e3e31ef4-e117-483f-a924-1d8cad9b02c9

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500020%5c1%5c9500020_1_1_beecd32a-a020-4b9a-a3b1-0b7316d482b4

Tahun Budaya, Pelancongan China-Kemboja 2019 membuka tirainya dengan surat tahniah daripada Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya, Hun Sen di Phnom Penh semalam.

Li Keqiang menyatakan dalam suratnya, kedua-dua negara diharap dapat terus memperluas interaksi budaya dan pertukaran kakitangan sempena Tahun Budaya, Pelancongan China-Kemboja ini, serta bersama-sama memperkukuh ikatan persahabatan dalam kalangan rakyat bagi menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib pada masa depan.

Hun Sen pula menyatakan dalam suratnya, Tahun Budaya, Pelancongan China-Kemboja amat signifikan bagi mengintensifkan kerjasama muhibah dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), juga bagi mewujudkan situasi menang-menang dan memangkin perkembangan industri pelancongan kedua-dua negara.

Menurut rancangan yang ditetapkan, jabatan budaya dan pelancongan kedua-dua negara akan mengadakan aktiviti pertukaran bertema budaya dan pelancongan sepanjang tahun ini, malah berusaha menggalakkan penaiktarafan model kerjasama dalam sektor pelancongan.

周乔西